Tuesday, April 21, 2009

Boleh kau teka aku dari kursus mana?

My best friends are my Non Current Assets, with no depreciation. Their useful lives are infinity years. They are revalued everyday, by me, and the numbers have been credited to the
Asset Revaluation Reserve Account.
Oh, and of course, the Total Carrying Amount for the assets are
priceless.




NAK BALIK!

Friday, March 13, 2009

Berangan II.

Aku nak tanya sikit, pada kau yang dari kaum adam.

Pernah tak sebelum tidur, kau berangan kau

-Gundik Maharaja?
-Dewi dari kayangan?
-Naga yang berkuasa untuk menurunkan hujan?
-Hero filem kungfu yang sangat hebat?
-Diktator yang ingin menguasai negara jiran?


Normal ke bagi seorang lelaki untuk berangan perkara seperti ini?
Kalau kau rasa ya, kau addlah lelaki ini.

Mana tahu satu hari nanti, kalian boleh berkawan baik!


Hahah tak tahan!

Friday, March 6, 2009

Bole Chudiyan


Shahrukh Khan sangat hot!

Kalau kau pernah tengok filem Kabhi Khushi Kabhie Gham, kau tentu tahu lagu Bole Chudiyan. Ya, lagu yang ketika mereka ingin menyambut festival Karwa Chauth tu!
Kalau kau perasan, muka Shahrukh Khan memang sangat sangat sangat sexy, hot dan charming dalam lagu tu!

Aku juga suka lagu Kabhi Khushi Kabhie Gham di awal cerita tu. Ketika Shahrukh Khan berlari ketika turun dari helikopter tu, fuh! Dengan alunan rambutnya, renungan matanya, gerakan tangan dan kakinya, memang sangat memikat jiwa!

Dari tahun filem ini dikeluarkan pada tahun 2001 hinggalah sekarang, aku masih lagi angau dan selalu terbayangkan dia. Aku rinduuu!



Oh ya,

Mungkin kau ada masalah dengan aku kalau aku suka hindustan.

Mungkin kau nak kata tengok filem hindi ni tak berfaedah, penuh dengan lagu dan tarian sahaja.

Mungkin kau nak kata filem hindi ni tak realistik dan tak logik.

Mungkin juga kau nak kata dengan menonton filem-filem hindi ni, aku tidak menyokong industri tempatan.


Biar aku beritahu kau serba sedikit, apa yang menariknya filem-filem hindi ni.

Kalau kau tak tahu, rakyat di negara India memang banyak. Sangat banyak. Majoriti dari mereka sangat susah dan daif. Cara hidup mereka pula tidaklah semoden mana, mereka masih lagi terikat dengan adat resam dan budaya mereka.

Jadi, apa kena mengena kehidupan mereka yang daif itu dengan filem-filem terbitan mereka?

Pada pendapat aku, filem-filem mereka yang banyak unsur angan-angan dan tidak realistik inilah salah satu cara mereka berhibur, melupakan sementara kehidupan mereka.
Dengan cara inilah mereka dapat membuka minda mereka, memberi sedikit harapan tentang masa depan.
Mereka juga boleh mengintai sedikit kehidupan orang lain selain masyarakat sekeliling mereka yang sungguh susah itu.
Dengan cara inilah mereka dapat bercita-cita dan berharap agar kehidupan mereka menjadi lebih sempurna.

Sebab itulah kalau kau tengok, kalau dalam filem-filem hindi tu, kalau dia kaya, memang kaya gila. Rumah bak istana. Padahal anak ada dua saja.
Lepas tu anak orang kaya tu akan jatuh cinta pula dengan anak orang miskin, tinggal di kampung.
Yang pastinya, penghujung cerita itu, selalunya memang happy endingla!



Aku tak peduli apa kau nak kata! Yang aku tahu, filem-filem Hindi ni ada ciri-ciri yang tersendiri. Taiada siapa yang boleh tiru. Mereka lain dari yang lain.


Bukan niat nak mengutuk, tapi industri negara kita dan juga indusri negara-negara lain pun masih tercari-cari identiti mereka yang tersendiri.

Semua pun akan terikut-ikut budaya industri orang lain. Tiada identiti tersendiri.

Memang. Orang-orang Hindustani tu pun ada juga terikut industri negara lain. Namun, mereka masih berpegang pada budaya mereka yang asal.

.
.
.
.
.
.
.


Sebenarnya, aku tak berniat pun nak berhujah panjang lebar tentang Hindustan dalam entri ini, kerana kau tahu memang susah untuk orang lain faham.

Ada benda lain yang aku ingin komen.

Berkenaan kawan aku ni, nama timangannya Pussy. Kenapa? Sebab kadang-kadang bila kami nilai kembali, dia agak tidak seperti lelaki normal. Dia seperti perempuan.
Ya, kami kejam, kami tahu. (Kami hanya sebut nama itu di belakangnya. Tidaklah kejam sangat, kan? kan?)

Satu benda tentang Pussy, dia sangat sensitif.


Pussy,
Bukannya aku tak tonton langsung filem-filem tempatan. Bukannya aku tidak mengambil berat pasal filem Malaysia. Aku masih lagi anak melayu. Aku akan tengok filem-filem itu, kalau ianya bermutu tinggi. Dapat pujian yang meluas. Menepati citarasa kau. Aku pasti akan pergi. Pontianak Harum Sundal Malam, Cinta? Semua aku tengok di panggung wayang.

Berhati-hatilah bila berkata-kata. Tak baik kalau kau mengata orang tanpa usul periksa. Bukan aku tak mahu tonton filem Geng tu, cuma minat aku memang kurang ke arah animasi dan kartun. Tak perlulah memperbesarkan cerita, tahulah kami tak mahu pergi menonton Geng hari tu.

Bukan nak kata apa. Aku agak terkejut ayat-ayat tu keluar dari hati kau. Yelah! Sebab aku tahu kau. Kau ialah peminat lagu-lagu dari Indonesia nombor 1!

Tidak mengapa. Mungkin kau tidak tahu, industri Indonesia telah banyak menyekat artis-artis kita menembusi pasaran mereka. Sedangkan artis-artis mereka siap boleh bermaharajalela di negara kita.
Apa-apa pun, aku tak salahkan negara mereka. Mereka memang mahu bangsa mereka maju. Tidak seperti kita.




"Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya….
Faham faham sendiri sudah ar…"


WTF?

Monday, March 2, 2009

Berangan.

Memandangkan bulan Februari bukanlah bulan yang begitu baik untuk aku, aku bercadang untuk memulakan hidup baru di bulan Mac.

Dengan ini aku ingin menyenaraikan beberapa azam bulan baru aku.

Jimat duit
Kurangkan makan
Kurangkan online

Ya, aku ulang sekali lagi.
Kurangkan makan

Inilah yang dikatakan berangan.

Tuesday, February 17, 2009

Februari: Bulan mengucap Bye-Bye

Aku rasa sekarang ini musim orang meninggal dunia. Mungkin ayat ini berbunyi sangat tidak sesuai tetapi serius aku rasa sekarang musim orang meninggal dunia.

Ahad lepas aku pulang dari rumah aku ke kampus. Bertolak dari rumah pukul 8.15 pagi, sampai di kampus pada 2.30 petang. Bas sampai lambat, dah tu bawa pun lambat, kemudian bila sampai, pergi makan A&W, pergi tandas, jalan-jalan, terjumpa beg tangan murah tapi cantik, beli, terjumpa rakan aku, tunggu nak jumpa ayah dia, tunggu servis penghantaran balik kampus sampai, singgah Ayer Keroh, baru sampai bilik.

Setelah selesai mengemas barang dan bilik sikit-sikit, nak hilangkan penat sekejap, aku terima panggilan telefon dari kakak aku.

“Tadi abah(pakcik aku) telefon rumah, dia cakap nenek baru meninggal. Abah nak cakap dengan mama, tapi mama pergi kenduri kat Subang. Aku suruh abah call hp mama, takut la pula nak sendiri kat cakap kat mama.”
“ha?”
“Nak call mama ke tak ha?”
“ha?”
“Ntah, aku pun pening. Ke aku salah dengar ha? Betul ke dah meninggal?”
“Jap, apa kau merepek ni?”

Diam seketika.

Tiba-tiba ada panggilan telefon masuk. Ayah aku call. Aku pun matikan talian dengan kakak aku yang sangatlah tak blur tu. Ayah aku kemudian beritahu yang nenek aku meninggal dunia. Dia tanya sama ada aku ada kelas yang penting esok kerana dia ingin singgah mengambil aku pulang ke kampung di Johor. (Setelah penat menjelajah sepanjang hari, sebenarnya boleh je balik dengan ayah aku tu. Cis!)

“errr”

Itu je yang mampu aku jawab.

Tidak lama selepas itu setelah blur aku hilang sedikit, aku baru teringat yang pada kelas pagi ada tugasan yang perlu dihantar dan pada sebelah petang pula aku ada pembentangan di hadapan kelas. Ah, Fak! Aku serba salah. Mahu pulang atau tidak. Memang ayah tak tidak kisah, yalah apa nak buat. Tapi…

Pada kelas keesokan harinya, seorang rakan sekelas aku tidak hadir. Rupa-rupanya, rakan aku itu pulang ke kampung kerana neneknya pun meninggal. Hmm Apakah? Lost cousin ke? Oh tidak, rupa-rupanya orang lain. Dua orang nenek meninggal pada hari yang sama, tak pernah pula berlaku dalam sejarah hidup aku. (Boleh je rakan aku tu balik ke kampung, dia pun ada pembentangan petang itu. Dem! Serba salah lagi.)

Oh, aku baru teringat nenek rakan sekelas aku lagi seorang pun meninggal juga, pada hari ahad minggu lepas. Wah, 3 orang dalam dalam kelas aku kehlangan nenek pada bulan ini.

Pada malam itu, sedang aku duduk-duduk di bilik sambil menolong rakan-rakan sebilik aku menyiapkan tugasan Bahasa Inggeris mereka, terdengar suara ketua level menjerit meminta semua keluar bilik sebentar. Ketua level itu pun mengumumkan kematian seorang rakan selevel kami. Dengan tersedu sedan dia meminta kami menyedekahkan Yasin dan Al-Fatihah kepadanya.

Seriously? Tak rasa ramai ke?



P/S: Aku tau aku tak seperti bersedih dengan kematian nenek aku. Mengikut pengalaman aku, perkara seperti ini hanya akan memberi efek kepada aku lebih kurang seminggu selepas itu. Teringat kepada arwah Fazzy yang meninggal genap setahun lepas.
Apa-apa pun Al-Fatihah kepada yang meninggalkan kita. Allah SWT lebih sayangkan mereka.

Sunday, February 15, 2009

Hari ini.

Hari ini Hari Kekasih. Salah! Semalam Hari Kekasih. Sekarang pukul 12.30 pagi.

Rakan-rakan aku sedang mengupload gambar-gambar mereka bersama pasangan masing-masing di Myspace. Gambar aku pula tetap yang itu. Bersama seorang lelaki, yang bukan kekasih. Aku solo. Fak! Aku solo.

Solo pon ok apa? Hahah mungkin hanya ayat menyedap hati. Aku tak faham kenapa mereka perlu upload gambar-gambar tersebut. Mesti nak buat aku jeles. Mesti! Mesti!

Tentang Hari Kekasih ni, banyak orang berpendapat tak boleh sambut. Haram. Dosa. Aku pon tak tahu. Tak berani nak kata apa-apa. Aku bukan pakar agama. Seryes aku bukan pakar agama. Jadi aku tak tahu boleh atau tidak. Aku tak pernah sambut pun. Ketika aku ada kekasih dulu pun, pada 14/2 mesti gaduh, kalau tak pun baru berpisah, kalau tak pun buat-buat lupa, kalau tak pun solo.

Tak tak, bekas kekasih aku tak banyak, tapi kalau kau tanya berapa, aku tak tahu nak jawab ape. Bukan kerana aku tak pandai mengira, aku tak reti nak kira. Eh jap, ada beza ke? Aku tak reti nak kira macam mana. Biasanya kalau orang tanya pernah ada kekasih ke, aku akan jawab pernah, kalau dia tanya berapa, aku akan jawap kosong! Ye, aku memang pandai!


Ini entry pertama aku,
sebab tu banyak merapu,
sebab itu tak berkualiti.
Fak!
Kalau tak suka, aku tak boleh paksa baca.
Tak, kena baca juga!
Baca!
;)