Tuesday, February 17, 2009

Februari: Bulan mengucap Bye-Bye

Aku rasa sekarang ini musim orang meninggal dunia. Mungkin ayat ini berbunyi sangat tidak sesuai tetapi serius aku rasa sekarang musim orang meninggal dunia.

Ahad lepas aku pulang dari rumah aku ke kampus. Bertolak dari rumah pukul 8.15 pagi, sampai di kampus pada 2.30 petang. Bas sampai lambat, dah tu bawa pun lambat, kemudian bila sampai, pergi makan A&W, pergi tandas, jalan-jalan, terjumpa beg tangan murah tapi cantik, beli, terjumpa rakan aku, tunggu nak jumpa ayah dia, tunggu servis penghantaran balik kampus sampai, singgah Ayer Keroh, baru sampai bilik.

Setelah selesai mengemas barang dan bilik sikit-sikit, nak hilangkan penat sekejap, aku terima panggilan telefon dari kakak aku.

“Tadi abah(pakcik aku) telefon rumah, dia cakap nenek baru meninggal. Abah nak cakap dengan mama, tapi mama pergi kenduri kat Subang. Aku suruh abah call hp mama, takut la pula nak sendiri kat cakap kat mama.”
“ha?”
“Nak call mama ke tak ha?”
“ha?”
“Ntah, aku pun pening. Ke aku salah dengar ha? Betul ke dah meninggal?”
“Jap, apa kau merepek ni?”

Diam seketika.

Tiba-tiba ada panggilan telefon masuk. Ayah aku call. Aku pun matikan talian dengan kakak aku yang sangatlah tak blur tu. Ayah aku kemudian beritahu yang nenek aku meninggal dunia. Dia tanya sama ada aku ada kelas yang penting esok kerana dia ingin singgah mengambil aku pulang ke kampung di Johor. (Setelah penat menjelajah sepanjang hari, sebenarnya boleh je balik dengan ayah aku tu. Cis!)

“errr”

Itu je yang mampu aku jawab.

Tidak lama selepas itu setelah blur aku hilang sedikit, aku baru teringat yang pada kelas pagi ada tugasan yang perlu dihantar dan pada sebelah petang pula aku ada pembentangan di hadapan kelas. Ah, Fak! Aku serba salah. Mahu pulang atau tidak. Memang ayah tak tidak kisah, yalah apa nak buat. Tapi…

Pada kelas keesokan harinya, seorang rakan sekelas aku tidak hadir. Rupa-rupanya, rakan aku itu pulang ke kampung kerana neneknya pun meninggal. Hmm Apakah? Lost cousin ke? Oh tidak, rupa-rupanya orang lain. Dua orang nenek meninggal pada hari yang sama, tak pernah pula berlaku dalam sejarah hidup aku. (Boleh je rakan aku tu balik ke kampung, dia pun ada pembentangan petang itu. Dem! Serba salah lagi.)

Oh, aku baru teringat nenek rakan sekelas aku lagi seorang pun meninggal juga, pada hari ahad minggu lepas. Wah, 3 orang dalam dalam kelas aku kehlangan nenek pada bulan ini.

Pada malam itu, sedang aku duduk-duduk di bilik sambil menolong rakan-rakan sebilik aku menyiapkan tugasan Bahasa Inggeris mereka, terdengar suara ketua level menjerit meminta semua keluar bilik sebentar. Ketua level itu pun mengumumkan kematian seorang rakan selevel kami. Dengan tersedu sedan dia meminta kami menyedekahkan Yasin dan Al-Fatihah kepadanya.

Seriously? Tak rasa ramai ke?



P/S: Aku tau aku tak seperti bersedih dengan kematian nenek aku. Mengikut pengalaman aku, perkara seperti ini hanya akan memberi efek kepada aku lebih kurang seminggu selepas itu. Teringat kepada arwah Fazzy yang meninggal genap setahun lepas.
Apa-apa pun Al-Fatihah kepada yang meninggalkan kita. Allah SWT lebih sayangkan mereka.

Sunday, February 15, 2009

Hari ini.

Hari ini Hari Kekasih. Salah! Semalam Hari Kekasih. Sekarang pukul 12.30 pagi.

Rakan-rakan aku sedang mengupload gambar-gambar mereka bersama pasangan masing-masing di Myspace. Gambar aku pula tetap yang itu. Bersama seorang lelaki, yang bukan kekasih. Aku solo. Fak! Aku solo.

Solo pon ok apa? Hahah mungkin hanya ayat menyedap hati. Aku tak faham kenapa mereka perlu upload gambar-gambar tersebut. Mesti nak buat aku jeles. Mesti! Mesti!

Tentang Hari Kekasih ni, banyak orang berpendapat tak boleh sambut. Haram. Dosa. Aku pon tak tahu. Tak berani nak kata apa-apa. Aku bukan pakar agama. Seryes aku bukan pakar agama. Jadi aku tak tahu boleh atau tidak. Aku tak pernah sambut pun. Ketika aku ada kekasih dulu pun, pada 14/2 mesti gaduh, kalau tak pun baru berpisah, kalau tak pun buat-buat lupa, kalau tak pun solo.

Tak tak, bekas kekasih aku tak banyak, tapi kalau kau tanya berapa, aku tak tahu nak jawab ape. Bukan kerana aku tak pandai mengira, aku tak reti nak kira. Eh jap, ada beza ke? Aku tak reti nak kira macam mana. Biasanya kalau orang tanya pernah ada kekasih ke, aku akan jawab pernah, kalau dia tanya berapa, aku akan jawap kosong! Ye, aku memang pandai!


Ini entry pertama aku,
sebab tu banyak merapu,
sebab itu tak berkualiti.
Fak!
Kalau tak suka, aku tak boleh paksa baca.
Tak, kena baca juga!
Baca!
;)