Sunday, February 15, 2009

Hari ini.

Hari ini Hari Kekasih. Salah! Semalam Hari Kekasih. Sekarang pukul 12.30 pagi.

Rakan-rakan aku sedang mengupload gambar-gambar mereka bersama pasangan masing-masing di Myspace. Gambar aku pula tetap yang itu. Bersama seorang lelaki, yang bukan kekasih. Aku solo. Fak! Aku solo.

Solo pon ok apa? Hahah mungkin hanya ayat menyedap hati. Aku tak faham kenapa mereka perlu upload gambar-gambar tersebut. Mesti nak buat aku jeles. Mesti! Mesti!

Tentang Hari Kekasih ni, banyak orang berpendapat tak boleh sambut. Haram. Dosa. Aku pon tak tahu. Tak berani nak kata apa-apa. Aku bukan pakar agama. Seryes aku bukan pakar agama. Jadi aku tak tahu boleh atau tidak. Aku tak pernah sambut pun. Ketika aku ada kekasih dulu pun, pada 14/2 mesti gaduh, kalau tak pun baru berpisah, kalau tak pun buat-buat lupa, kalau tak pun solo.

Tak tak, bekas kekasih aku tak banyak, tapi kalau kau tanya berapa, aku tak tahu nak jawab ape. Bukan kerana aku tak pandai mengira, aku tak reti nak kira. Eh jap, ada beza ke? Aku tak reti nak kira macam mana. Biasanya kalau orang tanya pernah ada kekasih ke, aku akan jawab pernah, kalau dia tanya berapa, aku akan jawap kosong! Ye, aku memang pandai!


Ini entry pertama aku,
sebab tu banyak merapu,
sebab itu tak berkualiti.
Fak!
Kalau tak suka, aku tak boleh paksa baca.
Tak, kena baca juga!
Baca!
;)

5 comments:

  1. omaigod. entri 1st anda sngguh ganas dan grrr. i likeeeee..

    ReplyDelete
  2. oh ganas ke? haha saya ambil itu sebagai pujian. Terima Kasih! ;)

    ReplyDelete
  3. siapa awak cik odah?
    saya suka baca blog awk

    ReplyDelete
  4. siapa kau cik odah? aku suka blog kau

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih.
    Aku hanyalah hamba Allah yang tidak sempurna.

    XD

    ReplyDelete