Shahrukh Khan sangat hot!
Kalau kau pernah tengok filem Kabhi Khushi Kabhie Gham, kau tentu tahu lagu Bole Chudiyan. Ya, lagu yang ketika mereka ingin menyambut festival Karwa Chauth tu!
Kalau kau perasan, muka Shahrukh Khan memang sangat sangat sangat
sexy, hot dan
charming dalam lagu tu!
Aku juga suka lagu Kabhi Khushi Kabhie Gham di awal cerita tu. Ketika Shahrukh Khan berlari ketika turun dari helikopter tu, fuh! Dengan alunan rambutnya, renungan matanya, gerakan tangan dan kakinya, memang sangat memikat jiwa!
Dari tahun filem ini dikeluarkan pada tahun 2001 hinggalah sekarang, aku masih lagi angau dan selalu terbayangkan dia. Aku rinduuu!
Oh ya,
Mungkin kau ada masalah dengan aku kalau aku suka hindustan.
Mungkin kau nak kata tengok filem hindi ni tak berfaedah, penuh dengan lagu dan tarian sahaja.
Mungkin kau nak kata filem hindi ni tak realistik dan tak logik.
Mungkin juga kau nak kata dengan menonton filem-filem hindi ni, aku tidak menyokong industri tempatan.
Biar aku beritahu kau serba sedikit, apa yang menariknya filem-filem hindi ni.
Kalau kau tak tahu, rakyat di negara India memang banyak. Sangat banyak. Majoriti dari mereka sangat susah dan daif. Cara hidup mereka pula tidaklah semoden mana, mereka masih lagi terikat dengan adat resam dan budaya mereka.
Jadi, apa kena mengena kehidupan mereka yang daif itu dengan filem-filem terbitan mereka?
Pada pendapat aku, filem-filem mereka yang banyak unsur angan-angan dan tidak realistik inilah salah satu cara mereka berhibur, melupakan sementara kehidupan mereka.
Dengan cara inilah mereka dapat membuka minda mereka, memberi sedikit harapan tentang masa depan.
Mereka juga boleh mengintai sedikit kehidupan orang lain selain masyarakat sekeliling mereka yang sungguh susah itu.
Dengan cara inilah mereka dapat bercita-cita dan berharap agar kehidupan mereka menjadi lebih sempurna.
Sebab itulah kalau kau tengok, kalau dalam filem-filem hindi tu, kalau dia kaya, memang kaya gila. Rumah bak istana. Padahal anak ada dua saja.
Lepas tu anak orang kaya tu akan jatuh cinta pula dengan anak orang miskin, tinggal di kampung.
Yang pastinya, penghujung cerita itu, selalunya memang
happy endingla!
Aku tak peduli apa kau nak kata! Yang aku tahu, filem-filem Hindi ni ada ciri-ciri yang tersendiri. Taiada siapa yang boleh tiru. Mereka lain dari yang lain.
Bukan niat nak mengutuk, tapi industri negara kita dan juga indusri negara-negara lain pun masih tercari-cari identiti mereka yang tersendiri.
Semua pun akan terikut-ikut budaya industri orang lain. Tiada identiti tersendiri.
Memang. Orang-orang Hindustani tu pun ada juga terikut industri negara lain. Namun, mereka masih berpegang pada budaya mereka yang asal.
.
.
.
.
.
.
.
Sebenarnya, aku tak berniat pun nak berhujah panjang lebar tentang Hindustan dalam entri ini, kerana kau tahu memang susah untuk orang lain faham.
Ada benda lain yang aku ingin komen.
Berkenaan kawan aku ni, nama timangannya Pussy. Kenapa? Sebab kadang-kadang bila kami nilai kembali, dia agak tidak seperti lelaki normal. Dia seperti perempuan.
Ya, kami kejam, kami tahu. (Kami hanya sebut nama itu di belakangnya. Tidaklah kejam sangat, kan? kan?)
Satu benda tentang Pussy, dia sangat sensitif.
Pussy,
Bukannya aku tak tonton langsung filem-filem tempatan. Bukannya aku tidak mengambil berat pasal filem Malaysia. Aku masih lagi anak melayu. Aku akan tengok filem-filem itu, kalau ianya bermutu tinggi. Dapat pujian yang meluas. Menepati citarasa kau. Aku pasti akan pergi. Pontianak Harum Sundal Malam, Cinta? Semua aku tengok di panggung wayang.
Berhati-hatilah bila berkata-kata.
Tak baik kalau kau mengata orang tanpa usul periksa. Bukan aku tak mahu tonton filem Geng tu, cuma minat aku memang kurang ke arah animasi dan kartun. Tak perlulah memperbesarkan cerita, tahulah kami tak mahu pergi menonton Geng hari tu.
Bukan nak kata apa. Aku agak terkejut ayat-ayat tu keluar dari hati kau. Yelah! Sebab aku tahu kau. Kau ialah peminat lagu-lagu dari Indonesia nombor 1!
Tidak mengapa. Mungkin kau tidak tahu, industri Indonesia telah banyak menyekat artis-artis kita menembusi pasaran mereka. Sedangkan artis-artis mereka siap boleh bermaharajalela di negara kita.
Apa-apa pun, aku tak salahkan negara mereka. Mereka memang mahu bangsa mereka maju. Tidak seperti kita.
"Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya….
Faham faham sendiri sudah ar…"
WTF?
lagu tu mmg besh!
ReplyDelete:D
kau mmg hebat, haha
ReplyDeletepandangan kau terhadap shah rukh khan gila mendalam
wah, nmpknya berbalas balas blog ya? haha
Haha itu kerana kau dah jatuh cinta dengan dia sejak aku berumur 8 tahun!
ReplyDeleteHaha berbalas ke? Dia tidak pernah tahu tentang blog aku ni. Tetapi aku berharap sangat yang dia tahu!
;)
oh i tabik ah you babe.
ReplyDeletememang mendalam, and I agree with you.
rindu youuu
Mendalam tu untuk SRK ke Pussy? Hahah!
ReplyDeleteU suke la, buat i kantoi! Haha
Kau kenal ke aku siapa? Aku Odah lah! Hahah!